Bukan lagi kejutan, namun pelabur emas tetap melemparkan rasa teruja berikutan dagangan emas yang sekali lagi mencatatkan paras harga tertinggi terbaru sepanjang masa (ATH).
Harga emas memecah rekod baharu semalam yang mengatasi rekod terdahulu yang dicapai pada Februari ($2,956).
Kenaikan harga yang diteruskan sehingga hari ini (Jumaat) telah mencapai ketinggian $2,994, rekod ATH terbarunya buat ketika ini.
Lonjakan jelas harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Penganalisis masih mengekalkan jangkaan untuk tarikan terhadap aset emas ketika situasi perang tarif terus berlanjutan.
Dengan ketidaktentuan dalam keputusan tarif membuatkan pelabur beralih kepada pelabur selamat dengan emas menjadi aset pilihan.
Selepas lonjakan harga semalam melepasi zon 2950.00 yang menjadi rintangan buat harga sebelum ini, ramalan untuk mencapai ke paras 3000.00 semakin jelas.
Malah harga emas boleh melonjak melepasi paras itu sekiranya momentum lonjakan semalam mampu dikekalkan.
Jika tidak, pelabur perlu berhati-hati dengan situasi perubahan arah harga ketika dagangan penutup minggu.
Harga boleh turun semula ke zon 2950.00 atau lebih parah, kembali menjunam hingga ke sekitar 2900.00.
Sekiranya tiada perubahan dalam suasana pasaran, harga emas kekal cenderung bergerak dalam trend bullishnya itu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK