Tidak lagi menjadi kejutan kepada pelabur, emas pada Isnin memecahkan rekod tertinggi terbarunya lagi yang semakin menghampiri kepada paras $3,400.
Pada minggu lepas, rekod tertinggi emas yang dicapai adalah pada $3,357 sebelum berlaku penurunan harga semula pada Khamis.
Pelabur berehat pada Jumaat sempena Good Friday.
Namun seperti yang dijangkakan penganalisis, emas masih berpotensi untuk pamerkan prestasi yang cemerlang dengan ketidaktentuan pasaran global didorong konflik perang tarif.
Pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menunjukkan penurunan harga pada Khamis lalu ke paras 3284.00.
Setelah menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu, harga melantun semula sebelum penutup dagangan sesi New York.
Bersambung pada awal minggu ini, corak bullish harga diteruskan mengatasi paras ketinggian minggu lepas sekaligus mencatatkan rekod all-time high terbaru.
Sehingga setakat jam 4 petang waktu tempatan, harga emas telah mencapai paras tertinggi pada 3395.00 dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan.
Sasaran pada 3400.00 bakal dicapai dalam tempoh terdekat sebelum beralih sasaran seterusnya pada 3500.00.
Namun, pelabur perlu waspada dengan risiko pengunduran semula harga emas dari paras puncaknya itu.
Beberapa paras akan menjadi tumpuan jika penurunan berlaku, antaranya paras 3350.00 dan juga 3300.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK