Emas menunjukkan prestasi suram pada dagangan pembukaan di awal minggu ini, melawan arah pergerakan pada minggu lalu.
Di Jumaat lepas, harga emas telah meningkat hingga ke paras ketinggian $2,785, hampir menyentuh kembali rekod ‘all-time high’ $2,790 yang dicapai pada Oktober 2024 lalu.
Kenaikan harga berterusan didorong oleh penyusutan US dolar yang membuka ruang untuk nilai emas semakin meningkat.
Namun pelabur kekal berhati-hati sambil memerhatikan perkembangan peralihan pentadbiran di Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Presiden Donald Trump dan memberi impak ke atas pasaran.
Perubahan harga diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Di penghujung sesi terakhir minggu lalu, harga mendatar di paras 2770.00 sebelum menutup dagangan di sekitar tersebut.
Memulakan dagangan di sesi Asia pagi Isnin ini, harga menunjukkan penurunan dari paras 2770.00 hingga ke sekitar 2550.00 ketika memasuki sesi pasaran Eropah.
Penurunan tersebut turut melihatkan harga mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, mencetuskan isyarat awal untuk pergerakan bearish.
Sekiranya corak pergerakan harga minggu ini berubah, pelabur bakal menyaksikan penurunan awal harga menuju zon RBS (resistance become support) 2720.00.
Melanjutkan penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut, harga bakal menuju pula paras 2670.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Namun jika harga menyambung corak kenaikan minggu lepas, rekod baharu emas mampu dicapai semula selepas kenaikan melepasi semula paras penting pada 2770.00.
Untuk sasaran kenaikan yang diteruskan untuk rekod ATH baharu emas, paras tumpuan adalah pada 2800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.