Menambahkan keyakinan buat para pelabur apabila emas didagangkan pada harga lebih tinggi selepas lonjakan pada Selasa semalam melepasi paras penting $2,900.
Ketika US dolar bergerak lemah untuk hari kedua berturut-turut, tarikan terhadap aset emas semakin meningkat dalam suasana pasaran yang berisiko.
Pelaksanaan tarif yang diumumkan Presiden Trump kembali diteruskan pada awal Mac ini ke atas Mexico dan Kanada.
Sementara, China umumkan tarif balasan ke atas barangan import Amerika Syarikat (AS) susulan tarif tambahan yang dikenakan oleh Trump sebelum ini.
Memerhati pergerakan semasa harga emas pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga melepasi dua paras penting pada kenaikan di awal minggu iaitu paras 2880.00 dan 2900.00.
Lonjakan kukuh emas semalam mencapai ketinggian 2927.00 sebelum berundur semula ke sekitar 2900.00.
Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga kekal berlegar di atas zon 2900.00 pada sesi Asia dan Eropah dengan pergerakan di atas garisan Moving Average 50 (MA50) mengekalkan isyarat bullish buat harga.
Harga emas cenderung untuk melanjutkan pendakian lebih tinggi yang kembali mensasarkan zon puncak 2950.00 sebelum ini.
2956.00 kekal menjadi rekod tertinggi harga sepanjang masa yang dicatatkan pada awal minggu lepas.
Namun begitu, tidak mustahil juga untuk harga emas menjunam jatuh dalam suasana pasaran yang masih tidak menentu ketika ini.
Jika susut di bawah zon 2900.00, boleh memberi isyarat untuk perubahan trend selepas harga mula bergerak di bawah garisan sokongan MA50 pula.
Seterusnya, penurunan akan kembali melewati paras-paras tumpuan seperti 2880.00 dan 2833.00 sebelum mensasarkan pada zon 2800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK