Penyusutan harga emas di penutup dagangan minggu lepas diteruskan pada pembukaan awal minggu ini untuk kembali mengurangkan keuntungan yang telah diraih.
Jika diperhatikan pada minggu lalu, pembukaan 2025 yang cemerlang buat emas apabila harganya menunjukkan peningkatan dari zon $2,600.
Namun, US dolar yang dijangka akan menyambung pengukuhan pada awal dagangan 2025 ini boleh memberi tekanan buat harga emas.
Pelabur memerhati pergerakan semasa harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Kenaikan harga dari paras 2600.00 mencapai ketinggian 2665.00 di penghujung minggu lalu, sedikit lagi untuk menyentuh sasaran pada 2670.00.
Harga berundur turun semula pada sesi-sesi terakhir minggu lalu untuk susut ke sekitar 2640.00 dan menunjukkan isyarat bearish apabila berada di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta XAU/USD itu.
Menyambung pembukaan awal minggu ini di sekitar tersebut, harga kemudiannya dilihat susut lebih rendah hingga melepasi 2630.00.
Ini menunjukkan petanda kurang baik buat emas yang cenderung untuk melanjutkan pergerakan trend bearish itu.
Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah, support pada 2600.00 dilihat bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula.
Namun jika harga berjaya melantun kembali, kenaikan harga perlu melepasi halangan MA50 sebelum memberikan isyarat lebih positif.
Untuk kenaikan lebih tinggi, sasaran pada minggu ini adalah untuk melepasi rintangan pada 2670.00 setelah minggu lalu gagal dilakukan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.