Dagangan emas kembali berundur pada penutup minggu lalu selepas paparkan corak kenaikan berterusan dari minggu-minggu sebelumnya.
Rekod tertinggi sepanjang masa baharu telah berjaya dicapai pada Khamis lalu mencapai $3,057 dengan mengekalkan trend bullish dalam suasana pasaran yang tidak menentu.
Seperti yang dijangka penganalisis, tarikan terhadap emas sebagai aset selamat kekal menjadi pilihan pelabur ketika perang tarif berterusan dengan kehangatan semakin terasa menjelang April.
Memerhati carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mula membuat penurunan selepas mencapai rekod tertinggi 3057.00.
Penurunan di sesi akhir penghujung minggu itu kembali mencecah semula paras tumpuan pada 3000.00 sebelum sedikit melantun.
Harga yang telah mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut membuatkan pelabur berhati-hati untuk perubahan trend.
Pergerakan harga berlegar di sekitar 3020.00 pada pembukaan awal minggu ini dan masih kekal di bawah MA50.
Sekiranya corak penurunan dipaparkan, paras 3000.00 yang kini menjadi support buat harga bakal ditembusi.
Harga selanjutnya akan menyambung penurunan lebih rendah dengan sasaran menuju pada zon 2950.00.
Namun jika harga kukuh melonjak di awal minggu, melepasi halangan MA50 boleh mendorong kenaikan harga emas diteruskan semula.
Seterusnya, rekod tertinggi terbaru harga emas mampu dicatatkan lagi dengan penganalisis meletakkan sasaran pada 3100.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK