Arab Saudi dan Pakistan, dua negara yang memiliki senjata nuklear telah memeterai perjanjian pertahanan bersama secara rasmi.
Kedua-dua pihak menegaskan bahawa perjanjian itu mencerminkan komitmen mereka terhadap keselamatan serta keamanan serantau dan sejagat.
Tindakan tersebut turut mengukuhkan lagi kerjasama yang telah terjalin sejak berdekad lalu.
Perjanjian ini bertujuan untuk mengembangkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara serta memperkukuh langkah pencegahan terhadap sebarang pencerobohan.
Rundingan itu berasaskan ‘perkongsian bersejarah’ Arab Saudi-Pakistan, selain mengambil kira kepentingan strategik dan kerjasama pertahanan yang kukuh.
Semasa pertemuan di Riyadh, Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, membincangkan usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
Kedua-dua pemimpin juga bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, isu kepentingan bersama serta langkah bagi mengekalkan keselamatan dan kestabilan.
Pakatan itu dimeterai hanya dua hari selepas Sidang Luar Biasa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diadakan, berikutan serangan Israel terhadap ibu negara Qatar, Doha, pada 9 September lalu.