Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengumumkan pengenaan tarif import sebanyak 100% terhadap semua cip dan semikonduktor yang dibawa masuk ke negara itu, kecuali bagi syarikat yang telah atau sedang membina kemudahan pengeluaran di AS.
Menurut beliau, langkah tegas itu bertujuan menggalakkan pelaburan domestik dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengeluaran cip strategik dari luar negara.
Bagaimanapun, kenyataan itu masih belum menjadi pengumuman rasmi, dan setakat ini tiada butiran lanjut mengenai pelaksanaannya didedahkan.
Langkah tersebut dijangka memberi kesan besar kepada syarikat-syarikat dari China seperti SMIC dan Huawei, memandangkan cip keluaran mereka tidak akan dikecualikan daripada tarif baharu itu.
Sebaliknya, syarikat yang telah melabur di AS seperti TSMC dan Nvidia dijangka tidak terjejas. TSMC misalnya, memiliki kilang pengeluaran di negara itu, manakala Nvidia pula merancang pelaburan berskala besar dalam pengeluaran cip dan elektronik buatan AS dalam tempoh empat tahun akan datang.
Penganalisis berpendapat dasar baharu ini akan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat gergasi teknologi yang mempunyai kapasiti kewangan untuk membuka kilang di AS, sekali gus memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran global.
Dalam masa sama, beberapa negara utama pengeluar cip seperti Korea Selatan, Jepun dan Kesatuan Eropah dilaporkan telah memeterai perjanjian perdagangan dengan AS, yang memberi mereka keistimewaan tarif sekitar 15% untuk eksport cip dan produk lain.
Pelaburan teknologi makin terikat dasar politik! Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil bersama berita pasaran terkini. Klik link untuk mula bersama H24H!