Bank Dunia sekali lagi menghidupkan cadangan lama untuk memperbaiki sistem percukaian negara dan meningkatkan kutipan hasil.
Dalam laporan terbarunya, institusi itu mencadangkan Malaysia menggantikan SST dengan GST pada kadar asas 10%, yang berpotensi menambah hasil negara sebanyak 1% daripada KDNK.
Selain itu, kutipan cukai pendapatan individu (PIT) yang lebih ketat boleh meningkatkan lagi hasil negara tanpa membebankan rakyat secara keseluruhan.
Namun, Bank Dunia menegaskan bahawa sebarang kenaikan cukai tidak langsung akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
Justeru itu, laporan tersebut telah merangka beberapa strategi termasuklah mencadangkan strategi seperti rebat GST dan bantuan sosial bersasar untuk mengurangkan beban rakyat.
Cadangan reformasi fiskal lain termasuk pemansuhan subsidi bahan api serta penggunaan hasil cukai untuk pelaburan dalam sektor kesihatan dan pendidikan turut dijangka mampu mengurangkan ketidaksamaan ekonomi di Malaysia.
Soalanya, adakah rakyat benar-benar bersedia? Atau ini hanya eksperimen ekonomi yang akhirnya menambah beban rakyat?