Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Menjelang minggu akhir tahun, kebanyakan bank pusat global mula memasuki tempoh cuti sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
Suasana ini menjadi kebiasaan dalam kalangan pemain pasaran untuk berehat seketika, memandangkan tiada terbitan data ekonomi utama yang dijangka memberi impak besar kepada pergerakan pasaran.
Walau bagaimanapun, ada sedikit data yang perlu menjadi bacaan rujukan mudah sepanjang minggu ini.
SELASA (23 Disember 2025)
ADP AS Mingguan (9.30 Malam) – Terbitan angka terkini 16,300 menunjukkan pertumbuhan pekerjaan swasta yang sederhana dan ia berpotensi memberi tekanan kepada USD berikutan pertumbuhan pasaran buruh yang perlahan.
GDP Bulanan Kanada (9.30 Malam) – Jangkaan pertumbuhan ekonomi menguncup 0.3% daripada 0.2% pada laporan lepas. Isyarat negatif untuk CAD serta meningkatkan kebimbangan ekonomi Kanada.
Laporan Barangan Tahan Lama Teras AS (9.30 Malam) – Unjuran pasaran dilihat turun ketara sebanyak 1.4% berbanding sebelumnya 0.6%, kemerosotan ini menandakan kelemahan dalam pelaburan perniagaan.
RABU (24 Disember 2025)
Tuntutan Pengangguran AS (9.30 Malam) – Pasaran menjangkakan satu angka yang positif buat laporan pekerjaan apabila jangkaan meletakkan penurunan kepada 220,000 berbanding 224,000 sebelumnya.





















































