Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, menegaskan bahawa Washington tidak akan menukar haluan dalam rundingan perdagangan dengan China hanya kerana kejatuhan pasaran saham.
Dalam temu bual terbaru, beliau menolak dakwaan bahawa AS pasif dalam menghadapi konflik perdagangan berpanjangan, sambil mezahirkan kekecewaan bahawa ada media memetik pandangan propaganda China.
Kenyataan itu muncul ketika pasaran saham AS kembali melonjak kembali selepas ancaman tarif baharu oleh Presiden Donald Trump dan tindakan balas China terhadap eksport logam nadir bumi.
Bessent berkata, Trump menganggap pasaran saham yang kukuh adalah hasil daripada dasar ekonomi yang baik, bukan faktor politik jangka pendek.
Beliau turut menyerlahkan peningkatan pelaburan dalam teknologi seperti AI sebagai bukti bahawa dasar ekonomi AS kekal kukuh walaupun pasaran tidak menentu.