Pada Isnin semalam, Israel dan Kesatuan Eropah (EU) dikhabarkan telah kembali ke meja rundingan buat kali pertama sejak 2022 dengan topik keamanan yang sama.
Tetapi, di sebalik senyuman diplomatik, satu persoalan timbul – Adakah EU yang membentuk dasar Israel, atau Israel yang menetapkan syarat?
Menurut laporan Reuters, Menteri Luar Israel, Gideon Saar, dengan tegas menyatakan bahawa hubungan dengan Eropah ‘tidak boleh dijadikan tebusan’ kepada konflik Israel-Palestin.
Namun, EU yang diketuai oleh Ketua Dasar Luar, Kaja Kallas, menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap Gaza, menegaskan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan mesti dibenarkan pulang.
EU berdepan tekanan untuk menilai semula rekod hak asasi manusia Israel kerana masih terikat dengan kepentingan ekonomi dan politik.
Sebahagian ahli mendesak syarat yang lebih ketat terhadap Israel, manakala yang lain takut kehilangan sekutu penting di Timur Tengah.
Ironinya, EU menegur, Israel tersenyum, dan serangan tetap berterusan.
Dengan angka korban Palestin melebihi 48,000 jiwa, adakah EU benar-benar ada kuasa, atau sekadar bidak dalam permainan Israel?