Bulan September sekali lagi memberi tekanan kepada pasaran kripto dengan harga Bitcoin susut ke paras $111,000, sejajar dengan sejarah bulan ini yang sering menyaksikan kejatuhan. Altcoin utama seperti BNB dan SOL turut mengalami pembetulan harga, yang mendorong nilai pasaran kripto kepada $3.82 trilion.
Lebih 93,000 pedagang, dagangan mereka dicairkan dengan kerugian $220 juta. Manakala indeks ketakutan & ketamakan kekal neutral walaupun heat map menunjukkan hampir semua token berada dalam zon merah. Sentimen bercampur ini mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap data ekonomi AS yang sedang dan akan dikeluarkan pada minggu ini.
Pelabur memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan ADP, tuntutan pengangguran awal, dan data pekerjaan NFP. Menurut penganalisis, laporan pekerjaan lemah boleh melonjakkan aset berisiko seperti saham dan kripto, tetapi data yang kuat akan melambatkan potongan kadar Fed. Data inflasi CPI yang bakal diumumkan pada 11 September juga menjadi faktor penentu besar.
Selain itu, Penamatan tempoh opsyen Bitcoin dan Ethereum bernilai lebih $4.5 bilion serta aktiviti paus kripto menambah tekanan jualan. Tanpa pemangkin positif, pasaran kripto kini bergerak dalam persekitaran tidak menentu, dengan pelabur menunggu isyarat jelas daripada dasar Fed dan laporan ekonomi utama.