Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa telah menerbitkan kertas perbincangan untuk mendapatkan maklum balas awam berhubung cadangan rangka kerja pengawalseliaan bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor kewangan.
Menurut BNM, kertas tersebut menggariskan pendekatan yang dicadangkan dalam mengawal selia dan membangunkan AI, dengan objektif utama untuk menambah baik hasil kepada pengguna serta menyokong matlamat dasar negara.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dalam ucapannya sempena Minggu MyFintech 2025 berkata mereka menyokong inovasi yang membawa nilai sebenar kepada ekonomi dan menggalakkan penggunaan AI secara produktif.
Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa BNM akan berhati-hati terhadap sebarang perkembangan yang berisiko atau tidak berada dalam kerangka perlindungan yang wajar, demi mengekalkan kestabilan kewangan dan kepercayaan awam.
BNM kini mempelawa maklum balas bertulis daripada orang ramai dan pihak berkepentingan berkenaan isu-isu yang dibangkitkan, termasuk cadangan alternatif atau perkara yang memerlukan penjelasan lanjut.
Setiap maklum balas perlu disertakan dengan hujah, bukti atau contoh yang jelas.
Maklum balas hendaklah dihantar ke [email protected] selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2025.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.