Rakyat Malaysia semakin galak berbelanja guna Buy Now, Pay Later (BNPL), dengan hutang sudah mencecah RM2.8 bilion!
Dalam hanya 6 bulan, jumlah transaksi dah tembus 83.8 juta kali dengan nilai pembelian RM7.1 bilion.
Macam-macam boleh beli, asalkan bayar nanti!Tapi Bank Negara Malaysia (BNM)? Tenang je, katanya masih selamat.
Setakat Disember 2024, seramai 5.1 juta pengguna aktif menggunakan BNPL untuk berbelanja, termasuk pembelian bernilai tinggi dengan ansuran sehingga 24 bulan.
Kadar tunggakan masih rendah pada 2.9% walaupun sedikit naik dari Jun 2024 sebanyak 2.6% namun BNM masih berpendapat situasi terkawal.
Persoalannya, adakah BNM mahu terus ‘relaks’ hingga hutang rakyat benar-benar menggunung sebelum bertindak?
Dengan Akta Kredit Pengguna 2025 bakal dikuatkuasakan, kawalan lebih ketat terhadap BNPL mungkin menjadi jalan keluar – atau sudah terlambat?