Bonus Raya cair lebih awal!
Bonus Raya cair lebih awal!
Sekitar 18,000 penjawat awam negeri Selangor bakal menikmati insentif separuh bulan gaji atau minimum RM1,000 hasil murah hati kerajaan negeri selepas pungutan hasil memberangsangkan.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata pembayaran bermula 15 April ini dengan peruntukan lebih RM26 juta.
Bukan hanya penjawat awam negeri, malah pemimpin komuniti, pegawai perhubungan kampung dan pekerja masjid turut menerima bantuan antara RM500 hingga RM1,000.
Bagi penjawat awam persekutuan di Selangor seperti polis, tentera, guru dan jururawat juga tidak dilupakan – tetapi ada sedikit pengecualian.
Bantuan RM250 akan dihulurkan kepada mereka yang mempunyai gaji pokok RM3,000 ke bawah.
Yang lain?
Sabar dulu… Duit raya masuk awal, tapi tak semua dapat sama rata!