Bosch, syarikat gergasi industri Jerman mengumumkan pengurangan 13,000 pekerjaan dalam unit automotif, sekaligus memberi kesan besar kepada sektor automatif negara itu.
Pemotongan tersebut melibatkan kira-kira 10% tenaga kerja Bosch di Jerman dan 3% daripada jumlah pekerja global.
Bosch menjelaskan langkah itu bertujuan mencapai penjimatan tahunan sebanyak 2.5 bilion euro (RM14.8 bilion) dalam unit automotif, susulan persaingan sengit di China serta permintaan yang lemah di Eropah.
Syarikat itu turut merancang untuk menurunkan kos bahan dan operasi, mengehadkan pelaburan dalam kemudahan serta bangunan, selain memperkemas logistik dan rantaian bekalan.
Ketua Hubungan Industri Bosch, Stefan Grosch menyatakan bahawa syarikat perlu menyesuaikan operasi dengan perubahan pasaran global.
CEO Bosch, Stefan Hartung pula berkata bulan ini akan ada ‘pelarasan struktur‘ dan beliau menjangkakan pendapatan syarikat akan meningkat sekitar 2% pada 2025 berbanding 90.5 bilion euro pada tahun lalu.
Pada 2024, Bosch mempunyai kira-kira 418,000 pekerja di seluruh dunia.