Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini kembali mencetuskan kontroversi dengan menjanjikan tarif “jauh lebih besar” daripada 2.5% untuk merombak ekonomi Amerika.
Dalam sidang media di Air Force One, Trump memberi bayangan tentang cukai secara besar-besaran.
Sasaran utama? Sektor utama seperti semikonduktor, farmaseutikal, keluli, tembaga, aluminium, dan juga kereta dari Kanada dan Mexico.
Perancangan cukai tersebut bertujuan untuk melindungi pekerja Amerika dan mengurangkan cukai korporat bagi syarikat yang menghasilkan produk di tanah air.
Pengumuman ini dibuat selepas aplikasi DeepSeek dari China, menggemparkan pasaran global dan menghapuskan berbilion nilai pasaran Nvidia.
Trump menyifatkan tarif ini sebagai ‘siren amaran’ untuk Amerika, sambil berjanji mengenakan cukai ke atas semikonduktor bagi merancakkan pengeluaran tempatan.
Beliau juga menegaskan bahawa syarikat perlu membina kilang mereka di Amerika Syarikat, atau bayar cukai dan tarif yang bakal dikenakan.
Mesejnya jelas – strategi ekonomi Trump ialah tarif, ketegasan, dan menghidupkan semula pengeluaran dalam negara.