Lonjakan Bitcoin semakin sukar apabila pasaran melihat berlakunya pembubaran harga apabila ia berlegar-legar sekitar paras $105,000, hal ini mencetuskan jangkaan posisinya akan berterusan dan membuka paras tertinggi sepanjang masa baharu.
Bitcoin raih lantunan tinggi semula memulihkan kembali kedudukannya selepas jatuh 4% pada pembukaan 19 Mei apabila para pelabur mengambil sedikit keuntungan di tengah pasaran yang mengukuh.
Data daripada Cointelegraph Markets Pro dan TradingView menunjukkan bahawa aliran BTC/USD telah melepasi paras $104,500, meningkat sebanyak 2.5% daripada paras terendah harian.
Pasangan mata wang kripto itu mengalami turun naik mendadak menjelang penutupan mingguan, meskipun berada pada paras tertinggi yang pernah direkodkan. Namun, kenaikan harga tersebut tidak bertahan lama dan segera kehilangan momentum.
Ketika ini, terdapat pelbagai pandangan berbeza sama ada paras tertinggi baharu sepanjang masa akan dicapai.
Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph, pelbagai ramalan harga jangka pendek bagi BTC telah muncul dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Antara jangkaan tersebut termasuk sasaran pada ‘awal minggu’ sekitar $116,000, serta kemungkinan penurunan semula ke paras sekitar $90,000.
Dalam dunia kripto, mereka yang bersedia adalah yang paling untung. Kenal pasti pergerakan pasaran, fahami potensi aset digital dan bina strategi kukuh. Sertai HUSTLE24HOUR Familia dan bergerak bersama komuniti yang celik kripto.