Emas kawal bertahan di paras positif sekitar $3,350 sejak dagangan Selasa apabila kemungkinan pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat September dan ucapan pegawai-pegawai Fed yang dijadualkan pada hari Rabu.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,347.97 iaitu kekal tidak berganjak sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Menurut laporan Biro Statistik Buruh AS (BLS), Indeks Harga Pengguna (CPI) AS dikeluarkan menyamai jangkaan pasaran, naik 2.7% pada bulan Julai.
Manakala, CPI Teras pula meningkat kepada 3.1% berbanding kenaikan daripada 2.9% iaitu melebihi konsensus pasaran pada 3%.
Selain itu, pasaran melihat potensi langkah pelonggaran dasar Fed selepas pelepasan data CPI AS dengan dengan meletakkan kemungkinan setinggi 67% pada mesyuarat Oktober nanti.
Sokongan jangkaan pemotongan tersebut mungkin akan menjejaskan nilai dolar AS dan menyokong harga komoditi emas untuk terus menyerlah.
Sementara itu, Presiden Donald Trump pada hari Isnin bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan tarif menyeluruh ke atas China, melanjutkan 90 hari lagi selepas perjanjian terakhir antara dua ekonomi terbesar dunia itu akan tamat.