Dari janji “jalan cerah” ke jalan yang suram, adakah masa Trudeau sudah hampir tamat?
Rakyat Kanada kini berdebar dengan khabar angin bahawa perdana menteri mereka, Justin Trudeau yang mungkin bakal meletak jawatan selepas sembilan tahun memimpin negara tersebut.
Menurut sumber terdekat, beliau dijangka membuat pengumuman seawal Isnin ini berikutan kemerosotan sokongan rakyat serta isu dalaman bersama Parti Liberal.
Menurut laporan The Globe and Mail, pengunduran Trudeau akan menyebabkan partinya seperti telur di hujung tanduk untuk mencari pengganti sebelum pilihan raya, sementara Parti Konservatif terus meningkat populariti.
Tekanan inflasi, krisis perumahan, dan retaknya hubungan dengan sekutu seperti bekas Menteri Kewangan Chrystia Freeland semakin melemahkan kepimpinan Trudeau yang satu ketika dulu memukau rakyat dengan visi progresif.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.
Adakah Trudeau akan memilih pengunduran terhormat atau terus bertahan hingga ke garisan akhir?