Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan peruntukan lebih besar kepada enam negeri termiskin di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (13MP).
Namun begitu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa dana sahaja tidak mencukupi jika kerajaan negeri tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
Sejak 2021, enam negeri ini terima peruntukan tertinggi, tetapi mengapa jurang pembangunan masih melebar?
Rafizi menegaskan bahawa usaha merapatkan jurang ini memerlukan lebih daripada sekadar peruntukan kerajaan Persekutuan.
Jika dana besar semata-mata mencukupi untuk menyelesaikan masalah, jurang ini sepatutnya sudah ditutup sejak dahulu.
Beliau menggesa kerajaan negeri agar melaksanakan dasar mesra pelabur bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan dan berkesan.
Jika peruntukan besar adalah kunci utama pembangunan, negeri-negeri ini sepatutnya sudah setanding Selangor dan Johor. Tetapi realitinya?