DeepSeek! DeepSeek! Dan DeepSeek lagi!
Nampaknya penciptaan teknologi ini tidak hanya membakar saham negara-negara Asia, merentungkan saham syarikat dalam sektor mokroelektronik malah juga menghanguskan stok kripto!
Pada hari Isnin, laporan dari Bloomberg telah mencatatkan kejatuhan saham kripto dengan syarikat perlombongan seperti Core Scientific merosot 29%, dan rakan-rakan mereka seperti Hut 8, Riot Platforms, dan Cipher Mining turut turun seiring.
Alasannya? Dengan adanya DeepSeek, pelabur mula memikirkan semula masa depan AI dan pergantungan terhadap perlombongan kripto untuk kuasa pengkomputeran.
Stok Coinbase dan BTCS juga mencatatkan penurunan masing-masing 6.6% dan 13%, apabila pasaran beralih jauh daripada aset berisiko tinggi.
Dengan model AI baru ini memberi cabaran serius terhadap pelaburan besar yang dibuat oleh firma AI dalam pusat data yang disokong oleh kripto, para pedagang kini terpaksa menilai semula strategi mereka.
Bitcoin sendiri jatuh 3%, didagangkan sekitar $102,000, dengan Ether dan Solana turut terkesan.
Dengan revolusi AI yang semakin panas, pelombong kripto mungkin terpinggir dalam perebutan kuasa pengkomputeran.
Adakah masa depan kripto akan ditinggalkan atau adakah pelombong akan dapat beradaptasi cukup pantas untuk meraih semula bahagian mereka?