Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia akan kekal neutral dalam perang tarif yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dengan China, Mexico, dan Kanada.
Berucap di Parlimen pada Selasa, beliau menekankan bahawa Malaysia akan mengambil pendekatan seimbang bagi mengekalkan hubungan baik dengan semua kuasa ekonomi utama dan melindungi negara daripada kesan konflik perdagangan ini.
Walaupun Malaysia dilihat mempunyai hubungan rapat dengan China, Brazil, dan Afrika Selatan, Anwar menegaskan bahawa penglibatan negara dengan AS tetap kukuh.
Perang perdagangan ini tercetus selepas Presiden AS Donald Trump ‘meledakkan’ tarif baharu, menyebabkan China, Mexico, dan Kanada membalas dengan tindakan tegas.
Meskipun Malaysia tidak termasuk dalam senarai sasaran tersebut , hubungan dagangan yang erat dengan negara-negara terjejas tetap meletakkannya dalam situasi berisiko.
Namun, Anwar positif dengan kepelbagaian ekonomi dan pembangunan dalaman akan memastikan Malaysia kekal stabil dalam ketidaktentuan global ini.