Pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada hari Selasa yang lalu bagi memansuhkan tol percuma sempena perayaan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.
Cadangan yang dibuat untuk menghentikan subsidi pukal tersebut disokong kuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang menegaskan bahawa tol percuma sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.
Namun, tidak sampai 24 jam, drama ini memasuki satu ‘plot twist’ baharu apabila Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa keputusan itu belum dimuktamadkan dan keputusan hanya akan diumumkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini!
Lebih memanaskan situasi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan pendekatan “bersasar,” di mana hanya golongan B40 dan M40 bakal menikmati pengecualian tol tersebut, sementara T20, termasuk pemilik kereta mewah, akan dikecualikan daripada manfaat ini.
Sementara itu, Fahmi memberi jaminan bahawa kerajaan terbuka menerima pandangan rakyat dan akan mempertimbangkan pelbagai cadangan sebelum membuat keputusan muktamad.
Dengan perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, rakyat kini tertanya-tanya: Adakah tol percuma akan jadi kenangan indah atau cuma sekadar bahan gurauan?
Kalau kerajaan terus bermain teka-teki, jangan terkejut kalau rakyat mula buat “bypass” kreatif, jalan kampung jadi lebuh raya, siapa tahu?