Kerajaan China memaklumkan bahawa ekonomi negara itu bergerak perlahan pada suku terakhir akibat perang perdagangan Presiden Donald Trump, namun masih berkembang kukuh pada kadar 5.2%.
Perkembangan itu walau bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding pertumbuhan tahunan 5.4% pada bulan Januari hingga Mac.
Pada separuh pertama tahun itu, ekonomi China mencatatkan peningkatan kadar tahunan sebanyak 5.3%. Namun, beberapa penganalisis percaya pertumbuhan sebenar berkemungkinan lebih perlahan.
Zichun Huang dari Capital Economics menyatakan pelaburan dalam aset tetap meningkat 2.8% pada separuh pertama tahun ini, dengan pertumbuhan 2.9% pada Mei dan hanya 0.5% pada Jun.
Sementara itu, China juga melaporkan eksportnya melonjak 5.8% pada Jun berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada 4.8% pada bulan Mei.
Penangguhan tarif tinggi ke atas eksport China ke Amerika Syarikat (AS) mendorong lonjakan pesanan daripada syarikat dan pengguna ketika rundingan perdagangan disambung semula.
Syarikat China turut mengembangkan eksport dan pengeluaran luar pesisir di negara lain bagi mengimbangi kesan tarif lebih tinggi yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!