Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencetuskan kekecohan selepas mendakwa Elon Musk akan ‘menyiasat’ Fort Knox bagi memastikan rizab emas negara masih selamat dan tidak ghaib entah ke mana.
Trump memberi amaran bahawa ketiadaan emas di Fort Knox bukan sekadar berita buruk tetapi bakal menjadi skandal yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
Elon Musk, yang terkenal sebagai seorang yang suka mencetuskan teori konspirasi, terus memanaskan suasana di X dengan persoalan – “Siapa yang boleh sahkan emas tu tak dicuri?”
Hantaran ini semakin panas apabila ramai pengguna X mendesak kerajaan menyiarkan audit emas secara langsung.
Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent, bagaimanapun cuba meredakan keadaan dengan menjelaskan bahawa audit dilakukan setiap tahun dan “semua emas ada serta tercatat”.
Tetapi, seperti yang kita tahu, zaman sekarang bukan sekadar percaya pada dokumen rasmi, netizen mahu bukti visual, lebih-lebih lagi bila Musk sudah ‘membakar’ isu ini.
Namun, dengan Trump dan Musk di belakang isu ini, adakah kita bakal menyaksikan pendedahan bersejarah, atau sekadar satu lagi ‘meme conspiracy’ yang akan berakhir dengan Musk menjual merch bertemakan ‘Fort Knox Livestream – Coming Soon’ di X?