Logam kuning berharga catat kenaikan positif melebih $3,200 pada dagangan Isnin selepas alami kejatuhan mingguan yang curam dalam tempoh enam bulan, apabila selera tarikan aset selamat itu berkurangan akibat kebimbangan mengenai prospek ekonomi AS dan defisit belanjawan.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $3,233.94 iaitu naik 0.93% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Jumaat lepas, Moody’s Ratings menurunkan penarafan kredit kerajaan AS, melucutkannya daripada penarafan triple-A terakhirnya, memetik defisit fiskal yang besar dan peningkatan kos faedah.
Emas jatuh lebih daripada 3% menandakan prestasi terburuknya sejak November kerana peningkatan selera risiko daripada perjanjian perdagangan AS-China membebankan pasaran.
Kedua-dua gergasi ekonomi itu bersetuju untuk penangguhan seketika selama 90 hari ke atas kebanyakan tarif yang dikenakan ke atas barangan masing-masing sejak awal April, mengurangkan kebimbangan kemelesetan global.
Sementara itu, data inflasi yang perlahan dan penunjuk ekonomi yang lebih lemah daripada jangkaan di AS telah mengukuhkan jangkaan lebih banyak pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve akhir tahun ini.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR