Harga logam kuning memulih sedikit selepas catat penurunan sejak penghujung minggu lepas apabila mata wang dolar AS mula mengurangkan beberapa keuntungannya. Ia berikutan kejatuhan hasil Perbendaharaan AS dan laporan pasaran buruh Amerika Syarikat.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,332.47 iaitu naik 0.18% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Biro Perangkaan Buruh AS (BLS) mendedahkan bahawa Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Pusing Ganti Buruh (JOLTS) perlahan untuk bulan Jun apabila kebanyakan syarikat kurang mengambil pekerja di tengah ketidakpastian tarif.
Walau bagaimanapun, suasana perdagangan mulai mereda apabila China dan Amerika Syarikat akan meneruskan rundingan mengenai gencatan tarif dalam masa dua minggu.
Selain itu, Lembaga Persidangan (CB) melaporkan Keyakinan Pengguna bertambah baik pada bulan Julai walaupun ada beberapa tinjauan menunjukkan rakyat AS sedang bergelut mencari pekerjaan.
Menjelang mesyuarat FOMC mengenai dasar monetari Fed, pasaran menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadar faedah walaupun terdapat sedikit perbezaan daripada Gabenor Fed Christopher Waller dan Michelle Bowman.
Buat masa ini, pasaran juga akan menilai beberapa data ekonomi penting AS seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), data pekerjaan, PMI Pengilangan ISM dan Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE).
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.