Aset logam kuning berharga merosot lebih 1.50% pada dagangan harian Rabu menyambung kejatuhan mendadak baru-baru ini apabila peserta pasaran bersiap sedia pengeluaran laporan inflasi terkini di Amerika Syarikat.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $4,078 iaitu susut 0.50% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Emas kekal ditekan dengan harganya diheret menuju $4,000 walaupun mata wang dolar AS mencatatkan kerugian sederhana sebanyak 0.13%, yang digambarkan oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang bergerak pada 98.84 mata.
Walaupun sedang berlangsungnya kejatuhan harian ketara, kenaikan tahunannya masih tinggi dengan mencatatkan aliran lebih 54% sepanjang 2025 di tengah-tengah spekulasi bahawa Fed akan mengurangkan kadar faedah.
Pasaran menetapkan pelonggaran 50 mata asas menjelang dua mesyuarat pada akhir tahun ini.
Pada Jumaat ini, Biro Perangkaan Buruh AS (BLS) akan mengumumkan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) AS untuk September, penganalisis menganggarkan ia kekal stabil di sekitar 3.1%.
Berita terkini melaporkan bahawa White House sedang mempertimbangkan sekatan produk untuk di eksport ke China yang melibatkan penghasilan perisian AS.