Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Emas (XAU/USD) mencatatkan kenaikan tinggi di penghujung ke paras tertinggi sepanjang masa melebihi $4,500 walaupun isyarat ‘profit-taking’ tinggi semasa cuti Krismas. Volatiliti pasaran yang kuat masih belum mampu menggugat aliran bullion mencipta rekod terbaru sepanjang minggu.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $4,512 iaitu naik 0.74% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Kenaikan luar biasa harga emas tahun ini sangat mengagumkan, naik lebih 70% sejak awal tahun, menjadikan emas berada di landasan untuk prestasi tahunan terbaik sejak 1979.
Permintaan yang kuat terhadap aset selamat ini didorong oleh risiko geopolitik yang berterusan dan ketidaktentuan ekonomi, selain aliran pelaburan institusi yang kukuh.
Satu lagi faktor utama di sebalik kenaikan emas ialah kelemahan dolar Amerika Syarikat (USD) secara meluas, dipengaruhi oleh retorik perdagangan proteksionis Presiden AS Donald Trump dan polisi monetari longgar oleh Federal Reserve (Fed).
Fed telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas (bps) secara kumulatif pada tahun 2025. Pasaran juga menjangkakan dua lagi pemotongan kadar faedah tahun depan. Persekitaran ini terus menyokong permintaan terhadap logam berharga kerana kadar faedah rendah mengurangkan kos peluang memegang aset yang tidak memberikan hasil seperti emas.
Melangkah ke hadapan, emas dijangka mengalami konsolidasi dalam jangka pendek disebabkan ketiadaan pencetus pasaran baru dan aktiviti ambil untung menjelang penghujung tahun yang mungkin menekan harga sedikit.
Namun begitu, tren kenaikan jangka panjang masih kukuh, menunjukkan rally emas dijangka berterusan hingga tahun 2026.




















































