Nilai XAU/USD mengekalkan rentak ‘kehijauan’ sejak minggu dibuka apabila pasaran meluas raih momentum di tengah-tengah suasana berhati-hati dan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat.
Buat masa ini, pelabur akan memantau dengan teliti laporan penting Non-Farm Payrolls (NFP) September yang akan diterbitkan pada jam 9.30 malam ini (Khamis).
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $4,101 iaitu naik 0.57% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Laporan yang lebih lemah daripada jangkaan mungkin meningkatkan kemungkinan penurunan kadar Disember dan menaikkan logam kuning. Kadar faedah yang lebih rendah boleh mengurangkan kos peluang memegang emas, menyokong logam berharga untuk naik lebih tinggi.
Selain itu, jangkaan pemotongan kadar faedah Fed yang semakin hambar terus meningkatkan tekanan jualan buat emas. Minit mesyuarat FOMC pada 28-29 Oktober menunjukkan isyarat berhati-hati apabila pegawai Fed masih berbelah-bahagi dalam memberikan pandangan mengenai dasar moentari seterusnya.
Walaupun ahli jawatankuasa secara majoriti bersetuju untuk melonggarkan dasar 25 mata asas pada mesyuarat September, namun keputusan itu masih tidak sebulat suara dan pasaran kini menetapkan keyakinan setinggi 30% untuk peluang pemotongan kadar Disember.




















































