Emas meningkat tinggi ke paras tertinggi tiga minggu sebanyak 0.78% , didorong oleh ucapan Presiden Donald Trump mengenai pemecatan Pengerusi Fed Jerome Powell walaupun kenyataan tersebut dinafikan.
Pada jam 9 pagi, harga emas berada pada paras $3,340.20 iaitu susut 0.21% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Terkini, Bloomberg mendedahkan bahawa Donald Trump membincangkan kemungkinan langkah penggubalan undang-undang GOP di White House mengenai mata wang kripto.
Selain itu, isu politik domestik, data dan perkembangan geopolitik semasa masih mendorong harga emas naik lebih tinggi. Data Indeks Harga Pengeluar (PPI) di AS merosot di bawah anggaran namun masih stabil di atas sasaran Federal Reserve (Fed).
Dari segi geopolitik, serangan Israel ke atas Syria dan laporan inflasi pengguna Amerika Syarikat mengehadkan harga emas kekal bertahan di sekitar paras $3,400.
Permintaan fizikal emas masih sukar apabila India mendedahkan bahawa data importnya pada bulan Jun jatuh 40% berbanding tahun lalu, disebabkan harganya semakin mahal.
Menjelang minggu ini , peniaga akan melihat ucapan Fed , Jualan Runcit, data pekerjaan dan laporan Sentimen Pengguna Universiti Michigan.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.