Emas bergerak memulih sejak minggu dibuka dengan naik 0.58% apabila dolar AS melanjutkan kerugiannya menjelang keluaran data-data ekonomi Amerika Syarikat yang sibuk.
Spekulasi bahawa Presiden AS Donald Trump bakal memilih calon Pengerusi Federal Reserve (Fed) baharu menjelang September atau Oktober yang menjejaskan USD menghampiri paras terendah Februari 2022.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,320.18 iaitu naik 0.52% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Selain itu, keredaan geopolitik Timur Tengah bersama-sama dengan rundingan perdagangan menyekat kenaikan emas untuk bergerak lebih tinggi.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent berkata beliau yakin Rang Undang-undang mengenai perdagangan akan berkembang termasuklah kelulusan Senat mengenai cadangan pembaikan kod cukai, pemotongan pembiayaan program Medicaid dan tenaga hijau.
Minggu ini, menjelang Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai, pasaran bakal disajikan dengan data PMI Pengilangan ISM, laporan pekerjaan ADP, Tuntutan Pengangguran dan data Non-Farm Payroll (NFP) untuk bulan Jun.
Pelabur perlu peka dengan isu-isu semasa tumpuan dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan pada harga emas. Program HUSTLE24HOUR turut membincangkan berkenaan emas bersama ahli-ahli yang berpengalaman. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR segera, KLIK LINK INI.