Hubungan di antara angka Non-Farm Payroll (NFP) AS dan kedudukan emas semakin merumitkan apabila data tersebut memacu pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) terus menyokong ekonomi serta mata wang dolar AS.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $2,681.57 iaitu turun 0.28% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Data NFP menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang kukuh dan ia menandakan ekonomi yang teguh serta menyebabkan para pelabur menjangkakan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan mengehadkan pelonggaran dasar.
Kadar yang tinggi biasanya akan menjadikan emas kurang tarikan dan pelaburan lain seperti bon 10 tahun AS menjadi lebih menarik.
Selain itu, laporan buruh itu juga meningkatkan keyakinan terhadap dolar AS kesan daripada sokongan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyebabkan harga emas jatuh.
Walau bagaimanapun, data ekonomi yang kukuh boleh menyebabkan bank pusat menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi.