Emas kekal bergerak ‘neutral’ di sekitar paras $3,300 sejak beberapa hari disokong oleh kedudukan dolar AS yang lebih lemah.
Para pelabur menantikan rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China yang berlangsung pada hari Selasa sebagai dorongan baharu.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,310.73 iaitu susut 0.46% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Rundingan perdagangan antara AS-China dijadualkan bertemu untuk kali kedua di London dan Presiden Donald Trump berkata bahawa rundingan itu harus berjalan dengan lancar.
Pegawai AS menyatakan bahawa mereka akan menghapuskan beberapa sekatan ke atas beberapa produk eksport teknologi sebagai pertukaran China akan melonggarkan had penghantaran nadir bumi terutamanya alatan tenaga, pertahanan dan teknologi.
Ketegangan perdagangan yang sedikit mereda memberi sokongan buat dolar AS dan membebankan harga aset emas. Jika hasil rundingan adalah positif, ia akan membuka aliran lebih rendah buat emas bergerak lebih jauh.
Selain itu, risiko geopolitik yang berterusan di Timur Tengah mungkin meningkatkan aliran selamat yang menyokong logam kuning.
Kementerian Luar Israel berkata bahawa kru kapal bantuan ke Gaza dipintas oleh Israel pada pagi Isnin yang berlabuh di pelabuhan Israel di Ashdod petang Isnin.
Data pada hujung minggu menunjukkan bahawa People’s Bank of China (PBoC), bank pusat China, membeli emas untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan Mei.
Emas jadi aset pilihan pelabur dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran. Kalau anda nak pelajari cara baca trend emas dengan lebih yakin, program HUSTLE24HOUR sesuai untuk anda sertai. Untuk bersama ahli komuniti lain yang ‘awesome’, KLIK LINK INI UNTUK SERTAI HUSTLE24HOUR.