Harga aset logam kuning susut dengan ketara apabila pasaran kini melihat kesan mengenai penetapan tarif baharu ke atas emas fizikal, menjadi punca kejatuhan sederhana harganya pada penghujung minggu lepas.
Selain itu, pelabur juga kini sedang menantikan keluaran data inflasi Amerika Syarikat (CPI) yang menjadi tolok Fed dalam menetapkan dasar ekonomi seterusnya.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,352.21 iaitu naik 0.29% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Permintaan untuk bullion terjejas berikutan spekulasi bahawa pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin pada hari Jumaat bagi mendedahkan rancangan gencatan senjata di Ukraine.
Pemulihan mata wang dolar AS juga berlangsung di tengah-tengah kejatuhan hasil Perbendaharaan AS yang akan menyokong harga emas menuju ke paras $3,400 semula.
Pada hari Selasa, Biro Statistik Buruh AS (BLS) dijangka akan membentangkan Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk Julai, anggaran inflasi utama akan berada pada sekitar 2.8% iaitu meningkat daripada 2.7% pada Jun.
CPI Teras pula dijangka meningkat melebihi kawasan 3% buat kali pertama sejak Februari 2025.
Sementara itu, Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan menarik semula cadangan tarif ke atas produk fizikal emas.
Menjelang minggu ini, data ekonomi AS akan memaparkan laporan inflasi, tuntutan pengangguran, data pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan Sentimen Pengguna Universiti Michigan untuk Ogos.