Emas memulakan dagangan minggu ini mencapai paras tertinggi dengan melonjak 2.56% melepas $3,440 berikutan ketidakpastian mengenai ancaman sekatan kebebasan Fed dalam menentukan keputusan dasar mereka seterusnya.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,440 iaitu naik 0.45% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Permintaan logam kuning berharga itu meningkat apabila Presiden Donald Trump terus memberi tekanan kepada Fed dengan menganggap keputusan Pengerusi Jerome Powell adalah satu kesilapan dan lambat mengurangkan kadar faedah.
Pada minggu lepas, Powell berkata bahawa bank pusat AS masih perlu kekalkan berhati-hati bagi melihat sejauh mana potensi inflasi berlaku.
Mereka melihat banyak senario mencabar di misi dalam melonggarkan dasar berada pada situasi tegang.
Ketegangan yang semakin meningkat antara Trump dan Powell, bersama-sama dengan dasar perdagangan yang kontroversi membebankan Greenback, menurut Indeks Dolar AS (DXY) telah jatuh ke paras terendah tiga tahun pada 97.92.
Buat masa ini, peserta pasaran menantikan beberapa ucapan pegawai Fed bagi melihat jangkaan keputusan dasar mereka seterusnya.