Harga emas positif sedikit melebihi 1% sepanjang dagangan Rabu walaupun sejumlah besar data ekonomi Amerika Syarikat yang dibentangkan memberikan aliran tinggi buat mata wang dolar AS.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $3,968 iaitu susut 0.28% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Indeks Dolar AS (DXY), yang menjejaki prestasi mata wang berbanding enam mata wang, meningkat 0.07% kepada 100.22 mata.
Terkini, data Perkhidmatan ISM Oktober berkembang seperti yang dijangkakan dan maklumat subkomponen menunjukkan bahawa inflasi meningkat.
Sebelum data itu, ADP mendedahkan bahawa syarikat swasta mengambil lebih ramai pekerja daripada jangkaan, menunjukkan bahawa pasaran pekerjaan kekal kukuh.
Mengenai jangkaan kadar faedah seterusnya, pegawai Fed berbeza-beza pandangan seperti Gabenor Stephen Miran menyatakan keluaran data ADP menunjukkan bahawa kadar sepatutnya direndahkan lagi.
Manakala, Fed Chicago Austan Goolsbee berpendapat tekanan inflasi kekal berterusan dan Gabenor Lisa Cook pula menyatakan bahawa pasaran buruh menunjukkan tanda-tanda kelemahan.
Pasaran kini memberi tumpuan berkenaan tindakan Mahkamah Agung AS yang dijadual menganjurkan perbicaraan mengenai kesahihan tarif Presiden Donald Trump, selepas mahkamah rendah memutuskan pentadbiran telah melampaui kuasa dengan mengenakan levi di bawah undang-undang darurat.



















































