Bullion mencatatkan keuntungan sederhana menghampiri 1% pada hari Rabu apabila laporan inflasi terkini di Amerika Syarikat yang menunjukkan angka CPI sedikit akur dengan jangkaan.
Buat masa ini, para pelabur meningkatkan pertaruhan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menyambung semula kitaran pelonggarannya pada mesyuarat bulan September.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $3,369.79 iaitu naik 0.46% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Indeks Harga Pengguna (CPI) Mei di AS memberi peluang kepada pemegang emas untuk mengatur langkah seterusnya dengan melihat cetakan menurun berbanding data April yang mengukuhkan harga emas bergerak ke puncak harian $3,360.
Selain itu, ketidakpastian mengenai rundingan antara AS dan China membuka ruang kepada emas kekal tinggi. Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick berkata mereka telah mencapai rangka kerja untuk dilaksanakan sambil menantikan kelulusan daripada Presiden AS Donald Trump dan Xi Jinping.
Tumpuan di penghujung minggu, pelabur akan melihat keluaran angka Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan data pekerjaan.
Tinjauan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) terkini menunjukkan harga input syarikat telah meningkat walaupun data CPI Mei adalah positif.
Untuk fahami lebih mendalam berkenaan dagangan emas dan indikator penting dalam menilai pasaran komoditi, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!