Pasaran logam kuning meningkat ketika Federal Reserve (Fed) AS mencapai nada neutral berbanding sedikit hawkish pada mesyuarat Disember lalu.
Hal tersebut memberikan bayangan bahawa mereka bakal memperlahankan kadar pelonggaran dasar pada tahun ini.
Pada jam 9.20 pagi, harga emas berada pada paras $2,658.47 iaitu menurun 0.14% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Semasa mesyuarat Disember, pegawai FOMC memutuskan untuk menurunkan kos pinjaman sebanyak 25 mata asas walaupun ada yang memilih untuk mengekalkan kadar pada mesyuarat tersebut berikutan risiko inflasi yang meningkat secara berterusan.
Sebelum ini, pasaran mengambil langkah berhati-hati sejurus berita mendedahkan bahawa Presiden Donald Trump bakal mempertimbangkan tarif ke atas negara-negara musuh dan sekutu.
Selain itu, para pelabur emas tidak mengendahkan laporan pekerjaan AS yang bercampur-campur selepas data syarikat swasta mengupah pekerjaan lebih sedikit daripada jangkaan.
Gabenor Fed, Christopher Waller dalam kenyataannya semalam berkata bahawa tarif tidak akan menyebabkan inflasi berterusan yang bakal menjauh daripada arah matlamat 2% Fed.
Sementara itu, pasaran akan mengintai laporan Non-Farm Payroll (NFP) AS dan Sentimen Pengguna Universiti Michigan di penghujung minggu. Jika kedua-duanya mencatat pengukuhan, emas mungkin akan terus merendah akibat lonjakan USD.