Harga emas naik ketara semasa lewat dagangan Isnin berikutan pasaran melihat keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengurangkan kadarnya pada mesyuarat Disember di tengah-tengah keluaran data ekonomi AS besar-besaran.
Pada jam 9.10 pagi, harga emas berada pada paras $4,127 iaitu susut 0.16% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Gabenor Fed, Christopher Waller menyokong pemotongan Disember, mengulangi komen daripada Presiden Fed New York John Williams, yang menyatakan bahawa pemotongan Disember mungkin berlaku disebabkan oleh pasaran buruh yang lemah.
Walaupun mata wang dolar AS kekal kukuh sepanjang minggu, emas menunjukkan prestasi yang baik didorong oleh kejatuhan hasil Perbendaharaan AS akibat spekulasi persekitaran pemotongan kadar faedah seterusnya.
Akibatnya, peserta pasaran melihat peluang 76% untuk penurunan kadar Disember, lonjakan mendadak daripada 42% seminggu yang lalu.
Pada minggu ini, tumpuan pasaran akan menilai laporan Pekerjaan ADP, Indeks Harga Pengeluar dan Jualan Runcit pada hari Selasa. Menjelang Rabu, Pesanan Barangan Tahan Lama dan Tuntutan Pengangguran Awal yang mampu menjadi petunjuk buat Fed menjelang mesyuarat FOMC.
Harga emas setakat ini tidak menghiraukan kemajuan dalam bidang geopolitik ketika AS dan Ukraine mengusahakan rancangan untuk menamatkan perang dengan Rusia.




















































