Emas mengakhiri dagangan harian Selasa pada paras tertinggi baharu berikutan peserta pasaran menguatkan tarikan di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai rancangan tarif Presiden Donald Trump.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,258.05 iaitu positif 0.84% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Pasaran logam kuning itu naik dengan ketara pada penghujung dagangan harian semalam apabila hasil bon Perbendaharaan AS menurun untuk hari kedua berturut berikutan kebimbangan Donald Trump mengenai tarif farmaseutikal yang memburuk sentimen.
Sementara itu, data AS bakal menjadi perhatian pelabur emas seperti laporan Jualan Runcit untuk Mac bersama-sama ucapan pegawai Fed terutamanya Pengerusi, Jerome Powell.
Selain itu, mereka juga menantikan data perumahan dan Tuntutan Pengangguran Awal pada minggu ini.
Pemain pasaran mata wang telah meletakkan jangkaan dalam 85 mata asas pelonggaran kadar faedah menjelang akhir tahun 2025. Pemotongan pertama dijangka pada bulan Julai.