Bullion didagangkan sekitar $3,970 pada hujung minggu apabila kedudukan mata wang dolar AS mengukuh, ia berikutan pemain pasaran menilai berita gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang menghidupkan kelegaan sentimen geopolitik.
Pada jam 9.40 pagi, harga emas berada pada paras $3,979 iaitu positif 0.06% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Walau bagaimanapun, perang Rusia-Ukraine masih berterusan walaupun masih terdapat usaha rundingan oleh White House.
Aset logam kuning berharga tersebut ditekan apabila dolar AS mengukuh ketara, dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang menjejaki prestasi mata wang meningkat 0.62% menghampiri paras 100 mata.
Buat masa ini, emas bersedia untuk melanjutkan ralinya apabila penutupan kerajaan AS sudah masuk hari kesembilan dan minit Fed terkini menunjukkan bahawa pembuat dasar bersetuju untuk menyokong pasaran buruh yang semakin lemah.
Gabenor Fed Michael Bar dalam kenyataannya berkata beliau kurang yakin berkenaan pengumuman limpahan tarif ke atas inflasi perkhidmatan. Katanya lagi, ketidaktentuan mengenai inflasi dan pasaran pekerjaan memerlukan pendekatan berhati-hati terhadap pengurangan kadar tambahan.
Fed Minneapolis, Neel Kashkari turut bersetuju dengan kenyataan rakan sejawatnya itu.