Logam kuning jatuh 0.80% selepas laporan Non-Farm Payrolls (NFP) yang kukuh memberi kelebihan buat mata wang dolar AS, menyebabkan peserta pasaran kurang yakin bahawa Fed akan mengurangkan kadar faedah untuk mesyuarat Julai.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,329.93 iaitu naik 0.11% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Laporan pekerjaan AS untuk Jun melemahkan berbanding anggaran namun ia tetap melebihi angka Mei. Kadar Pengangguran jatuh di ambang 4% menunjukkan bahawa pasaran buruh kekal kukuh.
Data tersebut menimbulkan persoalan buat data ADP pada Rabu lepas yang memaparkan syarikat swasta menurunkan pengambilan pekerjaan sebanyak 33,000.
Kesannya, kedudukan mata wang USD meningkat disokong oleh lonjakan dalam Perbendaharaan AS dengan mencetuskan jangkaan dua kali pemotongan kadar menjelang akhir 2025.
Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent mengumumkan bahawa lebih banyak rundingan perdagangan akan datang, terutamanya berkenaan perjanjian bersama Vietnam.
Beliau menambah bahawa Fed kini diambang kegawatan apabila pentadbiran Donald Trump dijangka bakal menggantikan Jerome Powell.
Dewan Perwakilan AS yang meluluskan Rang Undang-undang ‘Big Beautiful Bill’ kini berada di fasa terakhir dan belanjawan fiskal dijangka meningkatkan hutang AS sebanyak $3.3 trillion sepanjang sedekad akan datang.
Pelabur perlu peka dengan isu-isu semasa tumpuan dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan pada harga emas. Program HUSTLE24HOUR turut membincangkan berkenaan emas bersama ahli-ahli yang berpengalaman. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR segera, KLIK LINK INI