Logam kuning melanjutkan kejatuhan harganya memasuki minggu kedua, mempertahankan posisi di sekitar $4,000 di tengah-tengah penilaian dasar monetari Fed AS berikutan pemotongan kadar faedah.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $3,988 iaitu susut 0.32% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Mata wang dolar AS catat kenaikan lebih kukuh dan hal ini mengehadkan kenaikan emas, apabila pasaran mengurangkan jangkaan penurunan kadar faedah pada hujung tahun ini.
Semasa sidang akhbar Fed Jerome Powell, beliau mengecilkan harapan pemotongan kadar faedah pada mesyuarat Disember nanti sambil menekankan bahawa sebarang keputusan dasar masih bergantung pada data-data ekonomi semasa.
Walau bagaimanapun, sentimen pasaran kekal memihak kepada harga emas selepas pertemuan Presiden Donald Trump dan Xi Jinping yang merekodkan rundingan dagangan positif.
Perbincangan tersebut menawarkan sedikit kelegaan sementara selepas berlakunya peningkatan ketegangan beberapa minggu lepas.
Buat masa ini, prospek aliran emas dilihat agak neutral dan potensi kenaikan masih meluas pada masa akan datang. Ia dipacu oleh keputusan jangka panjang seperti permintaan bank pusat dan ketidaktentuan global berpanjangan.



















![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)































