Emas lalui aliran positif pada dagangan Isnin dengan peningkatan 0.56% apabila pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena sambutan Hari Presiden.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,898.01 iaitu tidak berubah ketara sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Jumaat lepas, logam kuning mencatatkan penurunan ketara apabila sentimen ketidaktentuan geopolitik dan dasar perdagangan AS yang kurang jelas.
Data ekonomi AS yang bercampur-campur pada minggu lepas dengan CPI dan PPI naik daripada jangkaan serta membuatkan Federal Reserve (Fed) tidak akan tergesa-gesa untuk melonggarkan dasarnya.
Pegawai Fed kekal berhati-hati kerana inflasi masih degil di atas 2% dengan Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker berkata dasar perlu kekal buat masa ini dan menekankan bahawa dasar monetari berada di kedudukan yang baik.
Harker menambah bahawa pasaran buruh masih kukuh dan mereka harus memberikan tumpuan untuk menurunkan inflasi.
Selain itu, rundingan damai berkenaan rancangan Presiden Donald Trump untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bagi menyelesaikan konflik perang.
Rancangan tersebut dijadualkan berlangsung pada hari ini, 18 Februari di Riyadh bertujuan untuk memperbaiki hubungan dua hala dan merundingkan pengakhiran perang di Ukraine.
Walau bagaimanapun, Volodymyr Zelenskyy tidak dijangka hadir dalam rundingan tersebut sementara Amerika dan Rusia menghantar delegasi masing-masing untuk perbincangan.