Bullion naik lebih positif selepas Fed memutuskan untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada awal pagi Khamis menepati jangkaan pasaran. Buat masa ini, pelabur akan bersiap sedia untuk sidang akhbar Pengerusi Fed Jerome Powell.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $3,949 iaitu naik 0.48% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Semasa mesyuarat FOMC berlangsung, sebahagian besar pegawai mengundi untuk mengurangkan kadar dana kepada 3.75%-4.00%, namun Gabenor Fed Stephen Miran masih mahukan pelonggaran setinggi 50 mata asas dan Fed Kansas City Jeffrey Schmid memilih untuk mengekalkan kadar tidak berubah.
Dalam kenyataan terkini, Fed melihat ekonomi mencatatkan perkembangan pada kadar yang sederhana, perolehan pekerjaan perlahan tahun ini dan kadar pengangguran telah meningkat.
Selain itu, kadar inflasi meningkat sejak awal tahun dan masih kekal agak tinggi.
Mengenai pengurangan kunci kira-kira, Jawatankuasa memutuskan untuk memuktamadkan pengurangan pegangan sekuriti agregatnya pada 1 Disember.


![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-75x75.png)










![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)










































![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-120x86.png)