Bullion dilihat kekal berlegar-legar di bawah paras $4,000 sepanjang minggu, apabila permintaan untuk mata wang dolar AS menyerlah disokong oleh keluaran data-data ekonomi AS yang positif.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $3,998 iaitu naik 0.54% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Sementara itu, indeks utama Eropah ditutup rendah, mencerminkan sentimen pasaran yang mula lemah walaupun tiada pemangkin jelas.
Data dari Amerika Syarikat (AS) turut menambah tekanan apabila laporan Challenger Job Cut menunjukkan majikan di AS mengumumkan 153,074 pemberhentian kerja pada Oktober, jauh lebih tinggi berbanding 55,597 setahun lalu dan 54,064 pada September.
Selain itu, kejatuhan turut disumbang oleh kebimbangan terhadap penilaian saham teknologi yang dianggap terlalu tinggi.
Dorongan utama pasaran masih memberikan perhatian pada penutupan kerajaan AS yang berterusan, rekod terkini adalah tempoh terpanjang dalam sejarah negara Amerika Syarikat.
Speaker Dewan Rakyat Mike Johnson mengadakan sidang akhbar dan menyatakan bahawa beliau kurang optimistik tentang penamatan penutupan, mencetuskan gelombang baru ‘risk-off’.
Data makroekonomi pula tidak menunjukkan apa-apa kesan signifikan, dengan laporan Non-Farm Payroll (NFP) kekal tergantung untuk bulan kedua berturut-turut.




















































