Pasaran emas melanjutkan kerugiannya untuk hari kelima, turun lebih 0.60% pada pembukaan dagangan Isnin apabila Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat mencapai perjanjian dengan pemotongan duti daripada 30% kepada 15%.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $3,312.48 iaitu rendah sedikit sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Suasana pasaran kembali bertenang selepas kelulusan perjanjian tersebut, mata wang dolar AS melakukan lonjakan semula dengan Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.99% kepada 98.64 mata.
Hasil Perbendaharaan AS juga menunjukkan tanda-tanda positif dengan nota 10 tahun meningkat 2.5 mata asas kepada 4.4410%.
Walaupun Amerika Syarikat telah mencapai perjanjian dengan beberapa rakan dagang, namun rundingan bersama-sama Kanada dan Mexico masih kekurangan kemajuan dan mengheret aset logam kuning untuk bergerak lebih rendah.
Tumpuan peniaga adalah pada keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed), dijangka pada 30 Julai. Pelabur telah menetapkan 99% peluang untuk kadar ditetapkan tetapi sedang menantikan sidang akhbar Pengerusi Fed Jerome Powell.
Buat masa ini, pasaran akan memperhatikan beberapa data AS seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), data pekerjaan, PMI Pengilangan ISM dan Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) bagi menilai tolok inflasi Fed.
Pelabur perlu peka dengan isu-isu semasa tumpuan dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan pada harga emas. Program HUSTLE24HOUR turut membincangkan berkenaan emas bersama ahli-ahli yang berpengalaman. Sertai komuniti HUSTLE24HOUR segera, KLIK LINK INI.